Pengenalan
YAYASAN AMANAH AN - NUR MAISARAH
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “ Orang – Orang yang menafkahkan hartanya malam dan siang, dengan bersembunyi atau berterang – terang , maka untuk itu pahala disisi tuhannya dan tiada ketakutan atas mereka dan mereka tiada berduka cita ” Surah Al Baqarah ayat 274
PENGENALAN
- Yayasan Amanah An-Nur Maisarah adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan dibawah AKTA
PEMEGANG AMANAH ( PEMERBADANAN ) 1952 di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang pada 14 Ogos 2006. Merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang membela nasib anak yatim / miskin dari seluruh Malaysia. - Sehingga kini, yayasan Amanah An-Nur Maisarah telah mempunyai anak-anak seramai 55 orang yang mana 5 daripadanya telah berada di IPTA/IPTS. Dengan menggunakan konsep kekeluargaan, yayasan akan meneruskan misi kebajikan ini dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak.
OBJEKTIF
- Untuk membantu, membangunkan entiti kemasyarakatan, menyalurkan khidmat masyarakat dan menyediakan kemudahan—kemudahan serta pertolongan di kalangan anak—anak yatim/miskin
- Memberikan pendidikan rohani, jasmani dan spiritual yang sempurna kepada anak—anak tersebut.
- Membimbing mereka ke arah kecermelangan akedemik dan akhlak yang baik.
MISI YAYASAN
- Komited dalam mendidik anak - anak yatim / miskin.
- Menyediakan kemudahan dan kemahiran yang mencukupi untuk pembangunan insan.
- Memberi perlindungan dan penjagaan yang terbaik kepada anak–anak yatim / miskin.
VISI YAYASAN
- Ke arah menjadikan Yayasan satu Kompleks Pendidikan yang mampu mendidik anak–anak yatim/miskin mengharungi dunia globalisasi.
CABARAN TERHADAP YAYASAN
- Usaha untuk mendapatkan dana.
- Mendidik anak ke arah kecermelangan rohani dan jasmani.
- Mendorong mentaliti masyarakat agar lebih prihatin terhadap anak yatim / miskin.
SUMBER KEWANGAN
- Sumbangan kewangan berupa zakat, derma daripada masyarakat dan syarikat swasta.
- Sumbangan dalam bentuk barang makanan, kenderaan dan peralatan.
AKTIVITI
- Aktiviti pendidikan bersama pelajar Universiti, Politeknik dan institusi pengajian tinggi yang lain.
- Persembahan dan pertandingan nasyid ke seluruh Malaysia.
- Aktiviti kemasyarakatan bersama masyarakat setempat dan luar.
- Program motivasi pendidikan dan teknik menjawab kertas peperiksaan.
- Kem ibadah untuk pengisian rohani dan akhlak terpuji.
SUMBANGAN
- Sumbangan kewangan boleh dibuat menerusi akaun bank :
- CIMB, BANK : CAW. JELAPANG : 0 8 1 6 0 0 0 0 0 2 3 1 0 8
- Bayar kepada : Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.
- Atau datang sendiri ke : Yayasan Amanah An—Nur Maisarah Lot 33581-B , Jln Ipoh-Chemor, Batu 9,31200 Chemor Perak, Darul Ridzuan. No Tel / Fax : 05 2014423
Email : Yaam_maisarah@yahoo.com.my. - Setiap sumbangan akan dikecualikan dari cukai pendapatan : " Dikecualikan cukai pendapatan dibawah subsyeksen 44(6), Akta cukai pendapatan 1967 Ruj : LHDN. 01/35/42/51/179-6.6186 Tarikh kuatkuasa : 15.08. 2007. No. Warta kerajaan : 3857 Tarikh warta kerajaan : 13.03.2008"

