Pengertian Zakat

zakat

Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "BERKAT" dan berkembang. Pengertian "BERSIH" dan " SUCI" dalam istilah zakat ilaha membersikan harta dan mensucikan jiwa orang kaya dari sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata lain ialah membersihkan diri dari sifat dengki, tamak dan dendam daripada golongan yang berharta dan kaya kepada orang yang miskin dan meminta - minta.


Dari segi syarak :

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu, yang diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.


Dalil-dalil kewajipan dan dorongan berzakat.

1. Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakata itu kamu membersih dan mensucikan mereka. sesungguhnya doa kamu itu( menjadi ) ketenteraman jiwa bagi meeka. Dan Allah SWT Maha mendengar lagi maha mengetahui.( QS. At Taubah : 103 )

2. Sesungguhnya zakat - zakat itu hanya untuk orang fakir, orang - orang miskin, pengurus - pengurus zakat para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk ( memerdekakan ) hamba sahaya, orang - orang yang berhutang untuk jalan Allah SWT dan orang - orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah SWT dan Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana ( QS. At Taubah : 60 )

3. Dan pada harta - harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta ( pertolongan ) dan bagi orang miskin yang tidak mendapat bahagian. ( QS. Ad dzariyyat : 19 )

4. Apa saja yang kamu infakkan dari sesuatu maka dia akan menggantikannya. Dan dialah sebaik - baik zat yang memberi ( QS. Saba' " 39 )

5. Adapun orang yang memberikan ( hartanya pada jalan Allah ) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik( syurga ) maka kelak kami akan meniapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang - orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik ( baginya ), maka kelak kami akan menyiapkanbaginya ( jalan )

ZAKAT TERBAHAGI KEPADA DUA:

  • Zakat Fitrah
  • Zakat Harta : ( Spt; emas dan perak, simpanan, perniagaan, tanaman, ternakan, pelaburan/saham, KWSP/ LTAT, harta rikaz, pendapatan )

ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah adalah kefardhuan bagi seseorang untuk mengeluakan segantang syiir ( sejenis gandum ) makanan ruji ( beras ) atas tiap-tiap lelaki dan perempuan serta semua dibawah tanggungannya pada setiap kali datangnya Ramadhan.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

  • Islam
  • Mempunyai lebihan harta untuk makannya sekeluarga beserta tanggungannya, termasuk binatang peliharaannya ( kalau ada ), bagi satu-satu hari raya termasuk pada malamnya. Orang yang tidak mempunyai lebihan harta seperti diatas, tidak wajib zakat fitrah atasnya termasuk orang yang hanya mempunyai makanan untuk satu hari raya itu sahaja.
  • Jatuh wajibnya ialah setelah terbenam matahari pada akhir bulan puasa( bulan Ramadhan )

WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Waktu harus : iaitu pada awal bulan puasa hingga penghabisan ramadhan

Waktu Wajib : iaitu sesudah matahari pada akhir ramadhan sampai terbit fajar aidil fitri.

Waktu afdhal : iaitu sesudah solat subuh pada hari raya hingga sebelum mengerjakan solat subat aidil fitri.

Waktu makruh : iaitu sesudah selesai sunat aidil fitri sampai sesudah asardan sebelum maghrib( sebelum terbenam matahari ) pada hari raya itu.

Waktu haram : iaitu sesudah terbenam matahari pada hari raya yang pertama.

ZAKAT HARTA

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta pada kadar tertentu, mengikut syarat - syarat yang tertentu dan diberikan pada asnaf-asnaf yang tertentu ( berhak menerima ) menikut syarat - syarat yang ditetapkan oleh syarak.

SYARAT - SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA

  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Cukup nisab
  • Cukup haul ( genap setahun qamariah / 354 hari )

APAKAH HARTA ?

Dari segi bahasa- setiap barang yang benar-benar dimiliki dan dikawal.

Dari segi istilah - terdapat dua pendapat

Harta adalah benda atau barang yang

  • boleh dikawal
  • kebiasaanya boleh diambil faedah daripadanya.

Pendapat Jumhur ulama' ( Selain Hanafi )

Harta adalah setiap perkara ( barang ) yang ada harga ( nilai ). Maka ini termasuk hak dan manafaat.

Hak- sesuatu perkara yang diakui oleh syarak untuk seseorang yang membolehkan dia menjalankan kuasa tertentu atau mengenakan kewajipan sesuatu.

Manafaat- faedah daripada benda - benda

Seluruh harta yang disandarkan kepada emas. kadar zakatnya adalah 2.5% dari nilai harta tersebut.

EMAS

Jenis emas terbahagi kepada tiga :

  • Emas perhiasan : iaitu emas yang dipakai sebagai barang perhiasan dalam masa setahun qamariah. Wajib dikeluarkan 2.5% atau 1/40 zakatnya apabila bertanya melebihi 500 gram ( uruf yang dibenarkan)
    • Emas simpanan : iaitu emas yang disimpan dalam masa setahun qamariah dan beratnya melebihi 85 gram atau 25 mayam. Wajib dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5% atau 1/40 dari nilainya
  • Emas yang dilombong : iaitu emas yang dilombong beratnya sama atau melebihi kadar nisab 85 gram dalam satu kawasan pada masa yang berterusan dan wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% dari nilainya.


PERAK

Barangan perak wajib dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5% atau 1/40 dari nilai arta tersebut apabila genap setahun qamariah apabila beratnya melebihi 200 dirham / 595 gram / 176 mayam.

 

SIMPANAN

Seseorang muslim yang mempunyai wang simpanan adalah wajib mengeluarkan zakatnya 2.5% sekiranya memenuhi tiga syarat berikut :

Wang simpanan itu kepunyaannya.

Wang simpana itu disimpan tidak kurang dari 12 bulan qamariah atau 354 hari.

Wang itu mencukupi nisab iaitu menyamai atau melebihi kadar 20 misqal emas bersamaan 85 gram.

SAHAM

Saham adalah wang yang dilaburkan dalam sesebuah syarikat atau perniagaan. Ialah adalah bukti pemilikan sesebuah perniagaan Kadar zakatnya adalah 2.5% atas nilai saham pada akhir tahun ( tarikh cukup haul )

KWSP/LTAT

Permulaan tarikh haul dikira apabila cukup nisab dari jumlah simpanan yang dicarum. Zakat dikenakan apabila simpanan KWSP/LTAT itu dikeluarkan. Zakatnya tetap dikeluarkan walaupun jumlah pengeluarannya adalah sebahagian dari jumlah keseluruhan caruman yang mencapai nisab, kerana ia dikira cukup nisab berdasarkan jumlah keseluruhan.

ZAKAT TANAMAN

Tanaman yang dikenakan zakat adalah tanaman yang merupakan makanan ruji /asasi sesuatu tempat ( spt: kurma, padi, jagung, anggur, dan gandum ) . Ia dikenakan zakat sekiranya hasil tanaman itu mencapai / melebihi 5 ausuq/363 gantang / 1306.80 kg. Ia terbahagi kepada dua :

Bagi tanaman yang menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak , maka zakatnya ialah 5% atau 1/20.

bagi tanaman yang hidup menggunakan aliran hujan atau aliran air secara semulajadi, maka kadarnya ialah 10% atau 1/10.

ZAKAT TERNAKAN

Ternakan yang dikenakan zakat adalah binatang yang dikategorikan sebagai al ghanam ( spt : kambing, lembu, biri-biri, unta, kerbau dan sbg )ia dikenakan zakat apabila cukup syarat-syarat tambahan berikut:

Binatang yang hidup lepas dipadang

binatang yang dizakatkan hendaklah tidak cacat dan tua.

ZAKAT HARTA RIKAZ

Harta rikaz adalah harta yang terpendam sejak zaman jahiliyyah yang dijumpai oleh orang islam. Ia dikenakan zakat sejurus dijumpai dan dikeluarkan dengan kadar 20% atau 1/5 dari nilai harga barangan tersebut. (menurut pandangan Imam Nawawi & syafi'e )

ZAKAT PERNIAGAAN

Zakat perniagaan dikenakan atas sebarang usaha untuk mencari keuntungan yang halal pada hukum syarak. Kadarnya ialah 2.5% dari nilai harta setelah ditolak tanggungan semasa dan dibuat pelarasan.

 

MOH LER BERZAKAT.......