Perutusan Pengerusi

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Yayasan Amanah An - Nur Maisarah merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) yang telah di daftarkan di bawah " Akta Pemegang Amanah " ( PEMERBADANAN ) 1952 pada 14 Ogos 2006.

Yayasan juga telah mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah mendapat sijil Akta Pusat Jagaan setelah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Bandaraya Ipoh ( Bahagian perancang Bandar, perlesenan dan kesihatan ) dan Jabatan bomba Malaysia. Ini bermakna Bangunan yayasan selesa dan selamat didiami oleh anak - anak.

Bersama - sama dengan 2 orang pemegang amanah yang lain dan disokong oleh 9 kakitangan yang berwibawa yayasan ini semakin maju hari demi hari. Tujuan ditubukan yayasan ini adalah untuk membantu dan memberi pendidikan yang sempurna kepada anak - anak yatim / miskin di seluruh Malaysia.

Perkara utama yang dititik beratkan kepada anak - anak yang menghuni yayasan ialah pendidikan. Setiap anak - anak yang berada di bawah jagan yayasan akan dihantar ke sekolah dan semua kebajikan anak - anak tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh yayasan. Sementara pengajian fardu ain pula, yayasan telah menggaji guru agama bagi memastikan anak - anak ini berjaya dunia dan akhirat.

Hubungan baik telah diadakan antara Pihak Institusi Pengajian tinggi dan Sekolah Berasrama Penuh. Hubungan ini telah dijalinkan sejak awal penubuhan yayasan. Pelbagai aktiviti pendidikan telah diadakan antara kedua - dua pihak bagi memastikan anak - anak yayasan tidak ketinggalan dalam aktiviti pendidikan.

Untuk memastikan segala usaha ini tidak sia - sia, yayasan akan membna sebuah Kompleks Pendidikan dan Asrama Anak Yatim / Miskin yang bernilai Rm 5.52 juta diatas sebidang tanah seluas 3 ekar di Kg. Ulu Chemor, Perak. Segala urusan mengenai plan pembangunan telah pun sedia. Yayasan mengharapkan semua masyarakat Malaysia hadir sama membantu usaha murni ini bagi masa depan anak - anak ini. Sumbangan untuk pembangunan tersebut amatlah diharapkan.

Disamping membela nasib anak yatim / miskin, yayasan juga tidak melupakan masyarakat sekeliling. Setakat ini seramai 30 orang Warga emas( Miskin ), Ibu unggal dam OKU telah bernaung dibawah yayasan. Bantuan dalam bentuk makanan dan bahan mentah akan disalurkan kepada mereka melalui kakitangan sukarela yayasan.

Akhir kalam, bersama - samalah kita membantu nasib anak - anak yang bertuah ini demi memastikan generasi masa depan kita tidak sia - sia.

Firman Allah S.W.T.

" Mereka bertanya kepadamu ( Muhammad ) Tentang apa yang harus meeka infakkan . "Katakanlah , Harta pasa saja yang kamu infakkan hendaknya diperuntukkan bagi kedua orang tua, kerabat, anak yatim, orangmiskin dan orang dalam perjalanan". Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui.

DR. FAZILLAH BINTI NORDIN

PENGERUSI

YAYASAN AMANAH AN - NUR MAISARAH